Nak jadi jutawan? Perlu memiliki minda jutawan atau cara berfikir seperti jutawan! Begitu juga dengan usahawan. Nak jadi usahawan, perlu ada minda usahawan.
Hari ini terlalu ramai yang bercita-cita menjadi usahawan. Pelbagai bidang diceburi, bermacam sektor di terokai, ratusan industri diceburi. Boleh dikatakan usahawan tumbuh seperti cendawan selepas hujan. Ada usahawan internet, usahawan MLM, usahawan biotech, usahawan tani, usahawan forex dan banyak lagi cabang yang tidak mampu ntuk dinyatakan. Begitu ramai yang menceburi bidang ini namun yang betul-betul berjaya dan bertahan hanyalah segelintir sahaja. Mengapa ini berlaku?
Ramai usahawan tidak tahu bahawa mereka sebenarnya memerlukan satu ‘tool’ yang dikenali sebagai Minda Usahawan untuk memastikan mereka boleh bertahan lama dan terus maju dalam industri. Terlalu ramai usahawan yang memperlekeh perkara ini. Pada mereka itu hanyalah isu remeh temeh sahaja. Apa yang lebih penting adalah modal dan ‘contact’ untuk berjaya dalam bidang yang diceburi. Sebab itulah ramai yang mencari ‘contact’ daripada mencari ilmu berniaga. Sikap inilah yang mengakibatkan ramai usahawan gulung tikar setelah beberapa tahun menjalankan perniagaan.
Mungkin ramai yang tidak tahu definasi usahawan dan peniaga. Usahawan adalah mereka yang melibatkan diri dalam bidang keusahawanan dan terus membesarkan perniagaannya sehingga mampu membentuk empayar. Manakala peniaga pula memulakan perniagaannya secara kecil-kecilan dan terus mengusahakan perniagaan kecil-kecilan itu sampai bila-bila. Jadi pilihlah dengan tenang kategori yang mana satu ingin anda ceburi – usahawan atau peniaga. Namun walau yang mana satu menjadi pilihan anda, Ilmu tentang Minda Usahawan perlu dimiliki. Apa gunanya ilmu ini? Apa hubungkaitnya ilmu minda ini dengan kejayaan sebagai usahawan?
Tiap-tiap hari, admin login akaun Nuffnang, adeh tak pernah berganjak amount-nya… Jadi admin mula mencari altenatif lain. Jalan nye jalan, admin jumpa stu program yang baru ni. Tengok nye tengok, cam menarik… jadi admin pun buat la sedikit research.
Pada 24 October 2009 lalu, satu medium pengiklanan baru telah muncul dalam industri pengiklanan online di Asia. Konsep pengiklanan yang diketengahkan oleh Catcheye ini amat berbeza dibandingkan pesaing-pesaing sedia ada seperti Nuffnang mahupun Advertlets.
Cara nak join pun senang dan 100% percuma. Apa yang anda perlu lakukan, masuk ke website Catcheye ni dan click bahagian register. Kemudian isikan butiran yang ada. Anda dikehendaki menjawab 3 soalan, tapi takpa, saya bagitau jawapannya, hehehehe… rujuk gambar di bawah (click to enlarge) :
Makin ramai anda refer, makin banyak point yang anda akan perolehi dan point tersebut boleh direedem ke dalam bentuk cash.
Ramai di antara kita tidak menyedari kuasa minda yang kita miliki selama ini, justeru kita memandang rendah akan kebolehan dan potensi sebenar minda kita.
Minda ibarat Lampu Alladdin. Wah! Betulkah itu? Bagaimana boleh jadi macam tu? Ajaibnya. Sesungguhnya minda kita memang ajaib. Bila kita tahu dan kenal kemampuan minda, barulah kita sedar betapa hebatnya minda kurniaan Allah itu kepada kita. Dalam perjalanan mencapai impian dan menuju puncak kejayaan, minda adalah asbab utamanya. Tanpa gambaran minda yang betul agak mustahil untuk seseorang individu itu mencapai matlamat hidupnya.
Setiap hari kita didatangi oleh pelbagai perasaan, kita diuji dengan bermacam-macam kerenah, kita disogokkan dengan puluhan emosi. Tiada satu pun yang mampu membuat kita bertenang, bergembira atau merasa relax. Kebanyakkannya hanyalah mengundang permasalahan. Keadaan serabut yang sebegini tidak akan mampu menjanjikan kejayaan buat individu. Emosi merupakan satu-satunya bahasa minda yang digunapakai oleh universe bagi merealisasikan impian dan kehendak manusia.
Siapa adukataruna atau aduka tarunaaduka teruna? Dikaitkan dengan kes menghina Almarhum Tuanku Sultan Johor Darul Takzim Almutawakkil Al-Allah Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail di blognya di http://adukataruna.blogspot.com/. Sekarang perkara ini telah menjadi siasatan pasukan polis khas untuk tindakan seterusnya.
Aduka Taruna atau nama sebenarnya Khairul Nizam yang merupakan penulis blog adukataruna.blogspot.com telah menulis di dalam blognya mengutuk Almarhum Sultan Johor, Sultan Iskandar yang mangkat Jumaat lalu.
Setakat ini sebanyak 25 aduan polis telah dibuat ke atas Aduka Taruna dan blog nya adukataruna.blogspot.com atas tuduhan menhina institusi beraja. Perhimpunan untuk membantah tindakan menghina Almarhum Sultan Johor juga telah diadakan semalam di perkarangan istana. Polis akan bertindak menangkap Aduka Taruna dalam masa terdekat.
Aduka Taruna akan didakwa di bawah Seksyen 233 (1)(a) Akta Komunikasi Multimedia 1998 (Akta 588) dan boleh dihukum menurut Seksyen 233(3) aktayang sama yang membawa hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara minimum setahun dan juga beberapa akta berkaitan institusi raja.
Permohonan maaf yang dibuat di blog adukataruna.blogspot.com juga jika diteliti, tidak melambangkan keikhlasan nya untuk meminta maaf. Cuma sekadar untuk mengelak dari dikecam dan dikenakan tindakan undang2.
Saya menyeru kepada semua rakyat Malaysia terutama nya rakyat negeri Johor supaya sama2 bertindak menentang tindakan aduka taruna atau adukataruna.blogspot.com yang dianggap telah mencabar kedaulatan institusi beraja.