2009
08.24

Anak kucing menyerupai tupai

kucing_beranak_tupai

Aneh tetapi benar! Itulah yang terjadi kepada seekor kucing apabila melahirkan seekor anak kucing yang sangat mirip dengan tupai. Kejadian aneh yang berlaku di Kampung Besah Tok Limbung, Tawar yang berdekatan dengan Baling ini sedikit sebanyak telah menarik ramai minat orang luar untuk melihat dengan mata mereka sendiri tentang kejadian aneh ini.

Habsah Ismail (73 tahun) yang juga merupakan pemilik kepada kucing tersebut berkata beliau sangat terkejut apabila mendapati kucingnya sedang menyusukan seekor binatang yang mirip tupai. Tetapi bila diselidiki ianya adalah merupakan salah seekor anak kucing tersebut yang baru sahaja dilahirkan.

2009
08.24

gula

Edaran gula dari kilang perlu dipantau oleh setiap Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) di setiap negeri agar ia tidak diselewang dan disorok untuk tujuan eksploitasi tertentu.

Ia juga memastikan tiada masalah gula timbul di negeri-negeri lain ketika ini terutamanya di Negeri Kelantan. Pihak KPDNKK telah membuat keputusan bahawa pemborong di sesuatu negeri lain tidak boleh membawa keluar stock gula tersebut ke negeri lain untuk dipasarkan kecuali bagi kes-kes kawasan bersempadan sahaja.

Read More >>

2009
08.24

stun_gun_senjata_elektrikStun Gun atau di Malaysia lebih dikenali sebagai senjata renjatan elektrik kini mampu dimiliki dengan mudah tanpa permit kerana ia dijual secara berleluasa di beberapa kedai @ premis di sekitar Kuala Lumpur. Sepatutnya ia perlu ada permit untuk menjualnya dari pihak berkuasa polis.

Jika diteliti, walaupun ianya boleh dijadikan sebagai senjata mempertahankan atau melindungi diri dari serangan jenayah tetapi ia juga boleh disalahgunakan oleh pihak-pihak bertentu untuk tujuan yang tidak baik.

Alat ini tidak boleh membunuh tetapi ia boleh menyebabkan mangsa renjatan lumpuh seketika dan tidak bermaya (tetapi jika kena pada tempatnya boleh membunuh bagi pesakit jantung!) sekaligus pihak-pihak tidak bertanggungjawab ini boleh mengambil kesempatan ke atas mangsa.

Oleh itu pihak IsuMalaysia.com berharap agar pihak berkuasa tidak memandang remeh akan hal ini.

2009
08.13

Mohamad Asri rabbani

Berita yang sedikit menyayat hati di mana vokalis utama kumpulan nasyid tersohor, Kumpulan Rabbani yakni Ustaz Mohamad Asri Ibrahim telah disahkan meninggal dunia lebih kurang beberapa jam lalu akibat komplikasi jantung yang dialami beliau. Beliau menghembuskan nafas terakhirnya itu di Hospital Pantai, Bangsar, Petaling Jaya.

Beliau dikatakan jatuh pengsan ketika memberikan ucapan dalam sidang media program “Syahadah” di Angkasapuri, Radio Televisyen Malaysia (RTM) pada pukul 10.30 pagi tadi.

Semoga roh beliau dicucuri rahmat. Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah kepada Arwayarham Ustaz Mohamad Asri Ibrahim.

2009
08.12

Linda Jasmine makin mantap!

Linda Jasmine dilihat akhir-akhir ini makin mantap berisi di bahagian-bahagian tertentu walaupun sudah berkahwin dengan Que Haidar. Bertuah badan si suami, tetapi jagalah aurat isterimu. Gambar terbarunya ketika dilihat di Majlis Festival Filem Malaysia yang ke 22 agak menggugat iman para lelaki di luar sana.

Linda Jasmine-1jpg

gambar lagi seterusnya…

Read More >>

W3Counter