08.09

Berucap di Kuala Selangor, Perdana Menteri Malaysia - Datuk Seri Najib Razak berkata beliau mahu merampas kembali Selangor dan inginkan supaya BN berkuasa kembali di negeri itu pada pilihanraya akan datang memandangkan negeri Selangor boleh dibaratkan sebagai nadi kepada semenanjung.
Datuk Seri Najib Razak berkata lagi, parti BN (terutamanya UMNO) masih lagi mempunyai peluang yang tinggi untuk berkuasa kembali di Selangor tetapi dengan syarat bahawa seluruh parti komponen dan ahlinya mestilah insaf dan menyedari akan kelemahan diri mereka dan sanggup berubah demi mendapatkan kembali kepercayaan rakyat terhadap mereka.
Datuk Seri Najib Razak berkata yang juga Presiden Umno berkata sedemikian semasa memberi ucapan ketika merasmikan mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Kuala Selangor di sini hari ini.






