2010
01.30

Bila diri rasa kuat…

Pergaduhan secara live ni berlaku kat LDP. Kes kena sondol je bang… tapi mau kecoh

bak kata seorang forumer di CG,

aiyooo,
menda kicik punya hal mau gado ka..
kasi cuci itu taik, ilang laa,
aiya aci, pigi tido, pi..
hehe, dialog drama p. ramlee plak aku..

2010
01.29

Bosan dengan yang lama?

Tiap-tiap hari, admin login akaun Nuffnang, adeh tak pernah berganjak amount-nya… Jadi admin mula mencari altenatif lain. Jalan nye jalan, admin jumpa stu program yang baru ni. Tengok nye tengok, cam menarik… jadi admin pun buat la sedikit research.

Pada 24 October 2009 lalu, satu medium pengiklanan baru telah muncul dalam industri pengiklanan online di Asia. Konsep pengiklanan yang diketengahkan oleh Catcheye ini amat berbeza dibandingkan pesaing-pesaing sedia ada seperti Nuffnang mahupun Advertlets.

Cara nak join pun senang dan 100% percuma. Apa yang anda perlu lakukan, masuk ke website Catcheye ni dan click bahagian register. Kemudian isikan butiran yang ada. Anda dikehendaki menjawab 3 soalan, tapi takpa, saya bagitau jawapannya, hehehehe… rujuk gambar di bawah (click to enlarge) :

Makin ramai anda refer, makin banyak point yang anda akan perolehi dan point tersebut boleh direedem ke dalam bentuk cash. :)

Jom kita tengok website Catcheye ini di sini ( http://www.syed-ikhwan.com/catcheye.htm ).

2010
01.26

Ramai di antara kita tidak menyedari kuasa minda yang kita miliki selama ini, justeru kita memandang rendah akan kebolehan dan potensi sebenar minda kita.

Minda ibarat Lampu Alladdin.  Wah! Betulkah itu?  Bagaimana boleh jadi macam tu?  Ajaibnya.  Sesungguhnya minda kita memang ajaib.  Bila kita tahu dan kenal kemampuan minda, barulah kita sedar betapa hebatnya minda kurniaan Allah itu kepada kita.  Dalam perjalanan mencapai impian dan menuju puncak kejayaan, minda adalah asbab utamanya.  Tanpa gambaran minda yang betul agak mustahil untuk seseorang individu itu mencapai matlamat hidupnya.

Setiap hari kita didatangi oleh pelbagai perasaan, kita diuji dengan bermacam-macam kerenah, kita disogokkan dengan puluhan emosi.  Tiada satu pun yang mampu membuat kita bertenang, bergembira atau merasa relax.  Kebanyakkannya hanyalah mengundang permasalahan.  Keadaan serabut yang sebegini tidak akan mampu menjanjikan kejayaan buat individu.  Emosi merupakan satu-satunya bahasa minda yang digunapakai oleh universe bagi merealisasikan impian dan kehendak manusia.

Read More >>

2010
01.25

Siapa adukataruna atau aduka taruna aduka teruna? Dikaitkan dengan kes menghina Almarhum Tuanku Sultan Johor Darul Takzim Almutawakkil Al-Allah Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail di blognya di http://adukataruna.blogspot.com/. Sekarang perkara ini telah menjadi siasatan pasukan polis khas untuk tindakan seterusnya.

dari blog taszara menyatakan:

Aduka Taruna atau nama sebenarnya Khairul Nizam yang merupakan penulis blog adukataruna.blogspot.com telah menulis di dalam blognya mengutuk Almarhum Sultan Johor, Sultan Iskandar yang mangkat Jumaat lalu.

Setakat ini sebanyak 25 aduan polis telah dibuat ke atas Aduka Taruna dan blog nya adukataruna.blogspot.com atas tuduhan menhina institusi beraja. Perhimpunan untuk membantah tindakan menghina Almarhum Sultan Johor juga telah diadakan semalam di perkarangan istana. Polis akan bertindak menangkap Aduka Taruna dalam masa terdekat.

Aduka Taruna akan didakwa di bawah Seksyen 233 (1)(a) Akta Komunikasi Multimedia 1998 (Akta 588) dan boleh dihukum menurut Seksyen 233(3) aktayang sama yang membawa hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara minimum setahun dan juga beberapa akta berkaitan institusi raja.

Permohonan maaf yang dibuat di blog adukataruna.blogspot.com juga jika diteliti, tidak melambangkan keikhlasan nya untuk meminta maaf. Cuma sekadar untuk mengelak dari dikecam dan dikenakan tindakan undang2.

Saya menyeru kepada semua rakyat Malaysia terutama nya rakyat negeri Johor supaya sama2 bertindak menentang tindakan aduka taruna atau adukataruna.blogspot.com yang dianggap telah mencabar kedaulatan institusi beraja.

aduka taruna

2010
01.24

Salam warga IsuMalaysia.com ,

Kami amat bersedih atas berita Seri Paduka Baginda Tuanku Sultan Johor Darul Takzim Almutawakkil Al-Allah Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail dan ingin mengucapkan takziah buat seluruh rakyat Johor.

Anakanda sulung Almarhum iaitu Yang Teramat Mulia Tunku Ibrahim Ismail ibni Almarhum Sultan Iskandar Sultan Ismail, selaku Tengku Mahkota Johor mengangkat sumpah berikut:

“Bahawa adalah saya, Tunku Ibrahim Ismail Ibni Sultan Iskandar pada masa memegang jawatan Pemangku Raja bagi Negeri dan Jajahan Johor Darul Ta’zim dan segala takluknya bersumpah dengan iman bahawa saya mengaku akan memerintah dengan adil saksama dan timbang rasa kepada semua rakyat dan penduduk-penduduk negeri Johor dan saya bersumpah dan mengaku akan memelihara dan menghormatkan agama Islam dan adat istiadat Melayu dan berpegang kuat dengan Undang-undang Tuboh Kerajaan Johor dan juga Undang-undang Negeri,”

Duli Duli Tuanku Sultan Sultan dan Raja Melayu semuanya bersumpah untuk memelihara dan menghormatkan Ad Deenul Islam semasa upacara pemasyhuran dan pertabalan baginda sekelian menjadi Sultan dan Raja Pemerintah negeri Tuanku masing masing.

Namun sejak merdeka lagi, amat jarang kita mendapat khabar berita akan mana mana Duli Tuanku Sultan dan Raja Melayu melaksanakan ertikata lafaz sumpah setia memelihara dan menobatkan Islam didalam keadaan dan ketika prinsip prinsip Islam itu dipertikai dan diperlecehkan kaffirin dan sekutu sekutu mereka didalam negeri masing masing.

Dari sekelian Duli Tuanku Sultan dan Raja Melayu yang ada, hanya Duli Tuanku Seri Paduka Baginda Sultan Sharafuddin Idris Shah, Sultan Selangor Darul Ehsan sahaja yang berani bertitah mengharamkan penyalahgunaan ‘Ismul Allah’ oleh Gereja Katolik Malaysia didalam negeri baginda!

Saya berharap sungguh bahawa Duli Tuanku Pemangku Raja Johor Darul Takzim sekarang iaitu Tuanku Sultan Ibrahim Ismail ibni Almarhum Sultan Iskandar akan melakukan perubahan didalam tempoh pemerintahan Baginda selaku Sultan Johor yang baru dengan memartabatkan ajaran ajaran Agama Islam kita yang suci dengan sebenar benarnya selayak diri Tuanku selaku ‘Khalifah Allah’ di negeri Johor Darul Takzim. Insya Allah!

Semoga Allah Subhanahu Wa Ta’ala panjangkan usia dan sihatkan sejahterakan Duli Tuanku Sultan Ibrahim Ismail dan Duli Tuanku Tengku Mahkota Johor Tunku Abdul Majid Idris ibni Sultan Ibrahim Ismail.

Patik ucapkan ‘Selamat Bertakhta’ kepada Tuanku!

Daulat Tuanku! Daulat Tuanku! Daulat Tuanku.

sumber: Mahaguru58

Dan kami mengutuk sekeras-kerasnya perbuatan penghinaan terhadap Seri Paduka Baginda Tuanku Sultan Johor Darul Takzim Almutawakkil Al-Allah Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail di beberapa blog.

Jangan kurang ajar pada Sultan. Di Malaysia kita ada Sultan, kena taat pada Sultan sebab dia pemimpin kita. Perbuatan hina seperti ini patut mendapat balasan yang setimpal.


W3Counter