2010
01.25

Siapa adukataruna atau aduka taruna aduka teruna? Dikaitkan dengan kes menghina Almarhum Tuanku Sultan Johor Darul Takzim Almutawakkil Al-Allah Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail di blognya di http://adukataruna.blogspot.com/. Sekarang perkara ini telah menjadi siasatan pasukan polis khas untuk tindakan seterusnya.

dari blog taszara menyatakan:

Aduka Taruna atau nama sebenarnya Khairul Nizam yang merupakan penulis blog adukataruna.blogspot.com telah menulis di dalam blognya mengutuk Almarhum Sultan Johor, Sultan Iskandar yang mangkat Jumaat lalu.

Setakat ini sebanyak 25 aduan polis telah dibuat ke atas Aduka Taruna dan blog nya adukataruna.blogspot.com atas tuduhan menhina institusi beraja. Perhimpunan untuk membantah tindakan menghina Almarhum Sultan Johor juga telah diadakan semalam di perkarangan istana. Polis akan bertindak menangkap Aduka Taruna dalam masa terdekat.

Aduka Taruna akan didakwa di bawah Seksyen 233 (1)(a) Akta Komunikasi Multimedia 1998 (Akta 588) dan boleh dihukum menurut Seksyen 233(3) aktayang sama yang membawa hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara minimum setahun dan juga beberapa akta berkaitan institusi raja.

Permohonan maaf yang dibuat di blog adukataruna.blogspot.com juga jika diteliti, tidak melambangkan keikhlasan nya untuk meminta maaf. Cuma sekadar untuk mengelak dari dikecam dan dikenakan tindakan undang2.

Saya menyeru kepada semua rakyat Malaysia terutama nya rakyat negeri Johor supaya sama2 bertindak menentang tindakan aduka taruna atau adukataruna.blogspot.com yang dianggap telah mencabar kedaulatan institusi beraja.

aduka taruna

Artikel-artikel yang berkaitan:

Sila masukkan email anda, jika anda ingin segala post
RAHSIA
dihantar terus ke inbox anda



Tutorial FeedBurner


Tutorial Gravatar

 

  1. ya, kita perlulah sama-sama menentang habis-habisan si aduka taruna ni bukan setakat rakyat johor, malah rakyat2 seperti negeri pahang, perak, selangor dan seluruh negeri di malaysia yang mempunyai pertalian kerabat dengan negeri johor…

W3Counter