2010
02.01

Kenapa perlu minda usahawan?

Nak jadi jutawan? Perlu memiliki minda jutawan atau cara berfikir seperti jutawan! Begitu juga dengan usahawan. Nak jadi usahawan, perlu ada minda usahawan.

Hari ini terlalu ramai yang bercita-cita menjadi usahawan.  Pelbagai bidang diceburi, bermacam sektor di terokai, ratusan industri diceburi.  Boleh dikatakan usahawan tumbuh seperti cendawan selepas hujan.  Ada usahawan internet, usahawan MLM, usahawan biotech, usahawan tani, usahawan forex dan banyak lagi cabang yang tidak mampu ntuk dinyatakan.  Begitu ramai yang menceburi bidang ini namun yang betul-betul berjaya dan bertahan hanyalah segelintir sahaja.  Mengapa ini berlaku?

Ramai usahawan tidak tahu bahawa mereka sebenarnya memerlukan satu ‘tool’ yang dikenali sebagai Minda Usahawan untuk memastikan mereka boleh bertahan lama dan terus maju dalam industri.  Terlalu ramai usahawan yang memperlekeh perkara ini.  Pada mereka itu hanyalah isu remeh temeh sahaja.  Apa yang lebih penting adalah modal dan ‘contact’ untuk berjaya dalam bidang yang diceburi.  Sebab itulah ramai yang mencari ‘contact’ daripada mencari ilmu berniaga.  Sikap inilah yang mengakibatkan ramai usahawan gulung tikar setelah beberapa tahun menjalankan perniagaan.

Mungkin ramai yang tidak tahu definasi usahawan dan peniaga.  Usahawan adalah mereka yang melibatkan diri dalam bidang keusahawanan dan terus membesarkan perniagaannya sehingga mampu membentuk empayar.  Manakala peniaga pula memulakan perniagaannya secara kecil-kecilan dan terus mengusahakan perniagaan kecil-kecilan itu sampai bila-bila.  Jadi pilihlah dengan tenang kategori yang mana satu ingin anda ceburi – usahawan atau peniaga.  Namun walau yang mana satu menjadi pilihan anda, Ilmu tentang Minda Usahawan perlu dimiliki.  Apa gunanya ilmu ini?  Apa hubungkaitnya ilmu minda ini dengan kejayaan sebagai usahawan?

Read More >>

W3Counter