loading...
Dikuasakan oleh Blogger.

Sabtu, 5 September 2015

Tanda - Tanda Pasangan Anda Berlaku Curang

Tanda - Tanda Pasangan Anda Berlaku Curang

Pasangan anda curang ?sudah pasti anda boleh tahu jika anda dicurangi oleh pasangan anda. sudah pasti ada bermacam-macam tanda yang anda boleh nampak jika pasangan anda berlaku curang kepada anda.tanpa membuang masa lagi ,saya ingin kongsikan dengan anda tanda-tanda pasangan anda berlaku curang.



Tanda - Tanda Pasangan Anda Berlaku Curang

1. Ada perubahan tingkah laku / minat.
Jika sebelum ini dia seorang yang kuat sembang dengan anda,dia mungkin sudah berubah gaya. mungkin lebih banyak berdiam bila bersama anda .dan bila dalam telefon dia lebih gemar berdiam diri ,anda sendiri boleh merasai jika dia ada sebarang gejala sebegitu.

2. Kuat memberi Alasan .
Jika sebelum ini dia gemar untuk membawa anda keluar ataupun sentiasa ingin berada disamping anda, jika dia berlaku curang dia pasti akan membuat seribu satu cara untuk memberi alasan agar anda tidak dapat berjumpa dengannya.

3. Cuba mengelak dari Pandangan anda.
Sudah pasti orang yang berbuat salah akan cuba untuk sebaik mungkin agar dapat mengelak dari kesalahannya terbongkar .jadi ada rasional untuk dia melakukan kekerapan EYE CONTACT kerana sudah pasti akan memberi kesan yang buruk kepadanya.

4. Sentiasa memegang Hanphone.
Jika sebelum ini dia lebih selesa meletakkan handphonenya dimana-mana.mungkin  jika dia berlaku curang sudah pasti dia akan sentiasa memegang handphonenya kerana takutnya rahsia kecurangnya terbongkar.

5. Membesar-besarkan perkara yang kecil.
Sudah tentu dia akan cuba membuat anda bergaduh dengan membesarkan perkara yang kecil supaya anda akan berfikir kedua kali untuk memutuskan hubungan anda berdua.sudah pasti dia akan tersenyum lebar jika anda sendiri yang ingin memutuskan hubungan itu.

6. Tidak menghargai pemberian dari anda.
Jika dia sebelum ini gemar menyimpan barangnya yang diberi oleh anda.jangan hairan jika selepas itu dia lebih suka untuk membuang barang tersebut dan tidak menghargai apa yang anda telah beri.anda sudah pasti harus berfikir dua kali untuk bersangka baik lagi.

7. Cepat Marah dengan anda.
Mungkin dengannya kekasih gelapnya a.k.a skandal ,sudah pasti dia akan sentiasa cepat marah dengan anda bila anda bertanya aktiviti hariannya dan menuduh anda adalah seorang yang kuat mengongkong. 

8. Menghilangkan diri.
Jangan hairan jika dia tiba-tiba tiada bersama anda .mungkin dengan cara itu dapat dia meluangkan masa yang ada dengan kekasih barunya.

9. Tersasul menyebut nama lain.
Anda harus berwaspada jika sebelum ini dia bukan seorang yang cepat mengelabah. jika dia tersasul memanggil nama orang lain,sudah pasti nama itu mungkin adalah pasangan barunyanya.

10 . Tidak memujuk anda
Jika sebelum ini dia rajin memujuk anda,jangan hairan kalau selepas ini dia susah dan tidak ingin memujuk anda.malahan mungkin akan mengabaikan anda seorang.

Ada berbagai lagi petanda yang mungkin menunjukkan pasangan anda curang ,namun cukup ini saja yang admin ingin kongsikan,insyallah jika ada masa luang admin akan berkongsi maklumat lain pula.


Kata Achie :Syukur selesai artikel original admin yang kedua..heheee

















Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...