loading...
Dikuasakan oleh Blogger.

Selasa, 6 Oktober 2015

Cara Mudah Transfer Duit Maybank2u Ke Tabung Haji

Cara Mudah Transfer Duit Maybank2u  Ke Tabung Haji





Cara Mudah Transfer Duit Maybank2u  Ke Tabung Haji

Rasa berbesar hati saya nak share Cara Mudah Transfer Duit Maybank2u  Ke Tabung Haji .Untuk pemilik akaun bank Maybank, anda punya keistimewaan yang mana anda  boleh membuat semakan dan pemindahan duit dari Akaun Maybank ke Tabung haji menggunakan Maybank2u.

Sebelum tu,anda kena  pastikan anda mempunyai akaun Tabung Haji tau. Kalau tiada, anda boleh buka dahulu akaun Tabung Haji di Cawangan Tabung Haji Terdekatn kawasan anda

1- Macam mana cara nak buka akaun Tabung Haji :-

Anda perlu pergi ke Pejabat Tabung Haji  dan minta borang untuk buka akaun Tabung Haji. Pastikan anda mengisi borang dengan cara betul. Ada satu borang yang dikehendaki mengisi tanpa ada salah kerana ia adalah borang perjanjian anda dengan tabung haji .

Dokumen yang diperlukan ialah :-

a)Semestinya KadPengenalan
b) Duit  minimum dalam rm10. Kalau nak daftar haji sekali barulah kena ada dalam RM1500.Lepas siap isi borang, ambil nombor giliran dan tunggu sehingga nombor dipanggil dan akan dilayan sebentar lagi .kemudian anda  boleh dapatkan terus buku akaun tabung haji.

2- Macam mana cara linkkan Maybank2u dengan Tabung Haji :-
Sangat mudah sebenarnya nak link kan ke tabung haji
Caranya??

a) Sila ke ATM Maybank berdekataan dan  masukkan Kad ATM Maybank anda.
b) Masukkan no pin yang anda guna .
c) Pilih ke “Tabung Haji” dan seterusnya “Daftar Tabung Haji ke ATM Kad”
d) Masukkan juga nombor Akaun Tabung Haji anda dan pilih YES
e) Masukkan nombor Siri Tabung Haji Anda (ada di buku) dan pilih juga YES
f) ATM akan keluarkan resit juga selepas anda selesai membuat  transaksi
Mudah  bukan? . kemudian anda  boleh access Tabung Haji anda hanya dari Maybank2u dengan mudah dan selamat .

3- Macam mana pula nak transfer duit Maybank2u ke Tabung Haji :-
Part terakhir , Selepas anda sudah mendaftar akaun tabung haji dan daftar kad ATM, kali ni saya akan ajar caranya  macam mana nak buat pemindahan atau semakan baki ke tabung haji.Ada banyak sebenarnya kelebihan selepas link-an kad ATM dengan Tabung Haji ,apa dia??

a) Anda boleh cek baki akaun Tabung Haji tanpa ke Tabung haji
b) Pemindahan dari Akaun Tabung Haji ke Tabung Haji dengan Sendiri
c)
 Pemindahan dari Akaun Tabung Haji anda ke Tabung Haji 3rd Party  (orang lain)
d)
 Pemindahan dari Akaun Tabung Haji anda ke Akaun Maybank anda Sendiri
e)
 Pemindahan dari Akaun Tabung Haji anda ke Akaun Maybank 3rd Party (orang lain)
f)
 Pemindahan dari Akaun Maybank anda ke Akaun Tabung Haji 3rd Party  (orang lain)
g)
 Pemindahan dari Akaun Maybank anda ke Akaun Tabung Sendiri
h) Pendaftaran bagi Haji Individu  mahupun Kumpulan

Cara-caranya :

a) Mulakan dengan Login Maybank2u anda
b) Pergi ke bahagian “Transfer”
c) Pilih Tabung Haji
d) Pilih transaksi yang anda inginkan.
Updated terkini: Charge bagi setiap transaksi dari Maybank2u ke Tabung haji. RM1.06 caj maybank2u + RM1.06 (nanti saya akan confirmkan samaada kena tax atau tidak) caj di tabung haji. 


Mudah bukan ? selamat Mencuba !!


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...