2009
09.19

Kemalangan ngeri di Gurun, Kedah

Baru je kami berpesan-pesan supaya berhati-hati di jalanraya. Kemalangan ngeri di Gurun ini mengorbankan empat sekeluarga di lebuhraya utara selatan. Mereka yang terbunuh ialah Pegawai Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (Keda), Mohd. Yusof Ahmad, 53; isterinya, Hasnah Hamzah, 52, serta dua anak gadis mereka, Hazwani Izati, 24, dan Hafizatun Alimi, 20.

(gambar dari Utusan Online)

Read More >>

2009
09.19

Kami warga IsuMalaysia.com mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri 2009 kepada semua pengunjung blog ini.

Bagi mereka yang memandu, berhati-hatilah di jalan raya. Tidak perlu bawa laju, utamakan keselamatan anda dan ingatlah orang yang tersayang. Berhenti berehat jika mengantuk. Rancang perjalanan anda, dan semak kenderaan ana dahulu sebelum bertolak. Sekali lagi kami dari warga IsuMalaysia.com ingin menekankan bahawa, utamakan keselamatan anda di jalan raya agar raya ini berjalan dengan sempurna.

2009
09.18

Jibrail Menerangkan Tentang Neraka

Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata: Jibrail datang kepada Nabi saw pada waktu yg ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya, maka ditanya oleh Nabi s.a.w.: ‘Mengapa aku melihat kau berubah muka?’

Jawabnya:  ‘Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yg mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar, dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa aman dari padanya.’

Lalu Nabi s.a.w. bersabda: ‘Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat Jahannam.’

Jawabnya: Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi kerana panas dan basinya.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yg disebut dalam Al-Quran itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawah bumi yg ke tujuh.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang di hujung barat tersiksa, nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timur kerana sangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi dan minumannya air panas campur nanah dan pakaiannya potongan-potongan api.

Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang tertentu dari orang laki-laki dan perempuan.’

Nabi s.a.w. bertanya: ‘Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah kami?’

Jawabnya: ‘Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya di bawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda.’ (nota kefahaman: iaitu yg lebih bawah lebih panas)

Tanya Rasulullah s.a.w.: ‘Siapakah penduduk masing-masing pintu?’

Jawab Jibrail: Pintu yg terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang-orang yg kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat Nabi Isa a.s. serta keluarga Fir’aun sedang namanya Al-Hawiyah.

Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim,
Pintu ketiga tempat orang shobi’in bernama Saqar,
Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi bernama Ladha,
Pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah.
Pintu ke enam tempat orang nasara bernama Sa’eir,’

Kemudian Jibrail diam segan pada Rasulullah s.a.w. sehingga ditanya:  ‘Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?’

Jawabnya:  ‘Di dalamnya orang-orang yg berdosa besar dari ummatmu yg sampai mati belum sempat bertaubat.’

Maka Nabi s.a.w. jatuh pengsan ketika mendengar keterangan itu, sehingga Jibrail meletakkan kepala Nabi s.a.w. di pangkuannya sehingga sedar kembali dan sesudah sedar Nabi saw bersabda:  ‘Ya Jibrail, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari umat ku yang akan masuk ke dalam neraka?’

Jawabnya: ‘Ya, iaitu orang yg berdosa besar dari umatmu.’

Kemudian Nabi s.a.w. menangis, Jibrail juga menangis, kemudian Nabi s.a.w. masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang
selalu menangis dan minta kepada Allah.

(dipetik dari kitab ‘Peringatan Bagi Yang Lalai’)

Read More >>

2009
09.18

Kegiatan orang minyak bermisai di Taman Keladi di Sungai Petani makin menjadi-jadi. Orang minyak ni takda benda lain, nak merogol jo kerjanya. Pastu memilih lak tu… Kejadian tak bermoral ini juga terjadi di Taman Angsana yang berhampiran dengan Taman Keladi di Sungai Petani, Kedah.

Maka kecohlah penduduk-penduduk di sini dengan mengambil langkah berjaga-jaga disamping memperketatkan lagi langkah keselamatan dengan mengunci pintu mereka dengan selak yang lebih dan ‘memagar’ sekeliling rumah mereka menggunakan ayat-ayat al-Quran.

2009
09.18

Kesian si Faizal Tahir ni, time-time nak raya ni la cederanya. Dengar cerita beliau dimasukkan ke Hospital Prince Court, Kuala Lumpur akibat kecederaan lutut. Mau kena berehat selama 6 bulan tu. Nampak gayanya beraya di hospital la Faizal Tahir tahun ni.

p/s: Jangan duk melompat-lompat lagi… hang bukan superman pun. :D

W3Counter