2009
09.17
Kira-kira pukul 4.26 petang tadi, kami mendapat berita terkini dari utusan online menyatakan bahawa Noordin Mat Top disahkan terbunuh dalam serbuan petang tadi oleh pasukan keselamatan indonesia.
Polis Indonesia membawa bahan-bahan bukti dari tempat persembunyian militan Islam di pedalaman Solo, Jawa Tengah hari ini. Pasukan bersenjata republik itu menyerbu rumah yang disyaki menjadi tempat persembunyian kumpulan tersebut menyebabkan lima maut. – AFP
2009
09.17
Abd. Kahar Ahmad yang mengaku dirinya sebagai rasul melayu nampak gayanya kenalah beraya dalam penjara tahun ni kerana ditahan pagi tadi ketika enak bersarapan dengan anaknya. Adeh… dah la ngaku rasul, pastu tak puasa lak tu. Ape cer abang wei…
Abd. Kahar Ahmad masih lagi boleh ketawa, seolah-olah tiada apa yang hendak disalahkan.
2009
09.16
Hari raya adalah antara saat-saat yang dinantikan oleh pelbagai lapisan golongan masyarakat yang beragama Islam. Ini antara menunjukkan kemenangan mereka berpuasa selama sebulan. Tetapi tidak lupa juga gelagat-gelagat kelakar mereka yang tidak sabar meraikan hari raya ini. Antara perkara-perkara yang biasa terjadi pada malam raya (esok la rayanya!) :
- Berkata dalam hati “Yes, esok dah takyah poser… boleh minum air banyak-banyak!”
- Boleh gi jalan-jalan umah awek ni esok!
- Tengok sarkas kat tv pun ok gak pada pagi-pagi raya…
- “Baju raya aku dah gosok ke belum.. kena gosok awal-awal ni, nanti kang tak pasal pasal berebut stareka”.
- “Aduh…baju ada 12 helai lagi ni tak siap jahit.. camne nak bagitau customer ni…”
- “Saya tak kira, saya nak beraya kat Kedah jugak tahun ni, tak kira…” kata milah pada lakinya.
- “Alamak minyak kete tak isi lagi ni, kena gi isi cepat sebelum orang penuh”.
- “Abang… ada nampak tak duit syiling yang saya kumpul ni? Nak buat duit raya kasi bebudak ni…”
- “Mak, mak janji nak kasi RM100 kat adik kan kalau adik puasa penuh tahun ni?” – Maknya menggaru kepala…
- “Esok aku nak g jalan kat semua rumah. Tahun lepas collection dapat RM120, minta-minta la tahun ni dapat RM200″. Kata adik Hanip dalam hati…
2009
09.16
Kesian juga bila dikenang-kenangkan nasib 3 siti ni, Siti Nursaidah (Saida), Siti Saerah (Saerah) dan juga Siti Nurhaliza apabila mereka akan beraya tanpa kehadiran ayah tercinta mereka. Tentu diorang rindu sangat dengan ayahanda mereka sebab mereka boleh dikatakan rapat dengan arwahyarham.
2009
09.16
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan Malaysia akan menyertai perlumbaan F1 dengan Teamnya sendiri 1Malaysia hasil kerjasama kerajaan dan pihak swasta negara ini. Syabas betty! Siapakah pemandu yang bakal dipilih untuk menjadi pemandu kenderaan lumba rasmi F1 bagi team 1Malaysia? Kita saksikan nanti…
Read More >>