Berita ini baru kami terima di mana pada hari ini sahaja sudah 8 orang lagi korban terbaru H1N1. Penyakit selsema babi ini makin makin serius dan menular dalam negara kita. Virus H1N1 (swine flu @ selsema babi) ini dikatakan mula menjadi serius apabila kadar kematian di negara ini makin meningkat.
Rakyat Malaysia dinasihatkan supaya mengambil langkah berjaga-jaga seperti memakai mask penutup muka serta mengelakkan berkumpul di tempat sesak. Jika anda terasa kurang sihat, selsema, batuk-batuk dan sukar untuk bernafas, anda dinasihatkan untuk terus berjumpa doktor dalam masa terdekat untuk membuat pengesahan serta check agar ujian saringan H1N1 dapat dijalankan dengan kadar yang segera.
KUANTAN – Beberapa kumpulan pondan atau mak nyah yang berleluasa di kawasan banda Kuantan hari ini nampaknya terus menjalankan rutin serta aktiviti maksiat harian mereka tanpa perasaan segan silu dan takut, malah ada yang mengatakan mereka berani menayangkan buah dada atau payu dara mantap mereka untuk menggoda jantan-jantan yang berpotensi menjadi pelanggan mereka.
Kegiatan maksiat mereka ini semakin hari semakin menjadi-jadi kerana dikatakan mereka ini sangat berani sehingga menawarkan khidmat pelacuran mereka di tempat-tempat terbuka di mana lorong-lorong gelap sudah lama ditinggalkan. Bila tiba waktu malam, pondan-pondan ini tanpa segan silu menayangkan aksi-aksi yang mengjengkelkan serta meloyakan sehingga ada di antara mereka yang dengan selambanya mendedahkan “tubuh-tubuh seksi” mereka kepada pelanggan bagi menggoda pelanggan tersebut.
Seperti gambar makyah @ pondan di atas, mereka dengan murahnya menawarkan service semurah RM30 untuk dibuat apa sahaja! Begitulah keterdesakan mereka yang selalu berlegar-legar di kawasan di lorong kecil dekat Jalan Haji Abdul Aziz di sini. Gejala seperti ini harus dibendung awal-awal bagi mengelakkan penularan kegiatan tidak sihat bagi penduduk tempatan.
LOS ANGELES: Sejak kematian Micheal Jackson (raja pop dunia) pada 25hb Jun2009, otaknya dikeluarkan dan dijaga serta diselidiki oleh sekumpulan doktor untuk proses ujian toksilogi. Kemudian pada waktu terdekat yang lepas, otak tersebut telahpun diserahkan kembali kepada keluarganya setelah semua ujian toksilogi siap dijalankan, dalam erti kata lain sempurnalah satu badan dan otak Micheal Jackson.
Difahamkan dari sumber yang boleh dipercaya, mayat arwah Micheal Jackson menjalani tiga bedah siasat termasuklah satu proses bedah siasat yang dilakukan oleh doktor swasta yang diupah khas oleh keluarganya. Sebelum ini, pegawai koroner dan patologi peribadi keluarga Micheal Jackson itu berkata, punca beliau meninggal dunia adalah kerana mengambil dadah berlebihan pada 25 Jun lalu tetapi sebenarnya hingga kini masih belum memutuskan punca sebenar kematiannya.
Menurut sumber lagi (pengurus mayat – Tanah Perkuburan Forest Lawn) , mayat arwah Micheal Jackson telahpun diuruskan sebelum disemadikan di Tanah Perkuburan Forest Lawn di Hollywood Hills di sebuah kubur tanpa tanda. Ini kerana keluarga Micheal Jackson bimbang kemungkinan ada pihak-pihak tertentu yang berminat untuk mencuri atau merosakkan mayat Micheal Jackson.
Langkah untuk tidak menandakan kuburnya diambil selepas keluarganya bimbang kemungkinan ada pihak akan merosakkan kuburnya atau mencuri mayatnya. Itu jugalah antara sebab utama kenapa keluarga Micheal Jackson membatalkan hasrat mengebumikan mayatnya di Neverland. – Agensi
Berucap di Kuala Selangor, Perdana Menteri Malaysia - Datuk Seri Najib Razak berkata beliau mahu merampas kembali Selangor dan inginkan supaya BN berkuasa kembali di negeri itu pada pilihanraya akan datang memandangkan negeri Selangor boleh dibaratkan sebagai nadi kepada semenanjung.
Datuk Seri Najib Razak berkata lagi, parti BN (terutamanya UMNO) masih lagi mempunyai peluang yang tinggi untuk berkuasa kembali di Selangor tetapi dengan syarat bahawa seluruh parti komponen dan ahlinya mestilah insaf dan menyedari akan kelemahan diri mereka dan sanggup berubah demi mendapatkan kembali kepercayaan rakyat terhadap mereka.
Datuk Seri Najib Razak berkata yang juga Presiden Umno berkata sedemikian semasa memberi ucapan ketika merasmikan mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Kuala Selangor di sini hari ini.